Urusan korporat Jetstar Japan

Struktur dan permodalan korporat

Ibu pejabat Jetstar Japan berada di Narita, Wilayah Chiba . [43] Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Syarikat Penerbangan Qantas sebanyak (33.3%), Syarikat Penerbangan Japan Airlines sebanyak (33.3%), Mitsubishi Corporation sebanyak (16.7%), dan Perpajakan Seabad Tokyo sebanyak (16.7%). [44] Jumlah permodalan yang dilakukan untuk syarikat penerbangan baharu itu mencapai ¥ 12 bilion.

Pada Bulan November Tahun 2013,Syarikat Penerbangan Qantas dan Syarikat Penerbangan Japan Airlines setiap dari 2 Syarikat Penerbangan ini disuntik ¥ 5.5 bilion modal baharu dalam bentuk saham bukan mengundi. Ini mengekalkan struktur pemilikan yang sama namun kepentingan ekonomi Syarikat Penerbangan Qantas dan Syarikat Penerbangan Japan Airlines di Jetstar Japan masing-masing meningkat kepada 45.7%. [45]

Pada Bulan November Tahun 2014, Syarikat Penerbangan Qantas dan Syarikat Penerbangan Japan Airlines masing-masing bersetuju untuk menyuntik lagi sebanyak ¥ 5.5 bilion modal baharu dalam bentuk saham bukan mengundi. Suntikan modal ini akan dilakukan dalam dua tahap dan merupakan permodalan semula kedua dalam masa kurang dari satu tahun. Penerbitan saham tanpa suara membuat struktur pemilikan tetap sama namun kepentingan ekonomi Syarikat Penerbangan Qantas dan Syarikat Penerbangan Japan Airlines di Jetstar Japan masing-masing meningkat kepada 47.1%. [46] Tranche (Bahagian) pertama berjumlah ¥ 7 bilion telah disuntik pada Bulan November Tahun 2014 dengan tranche (bahagian) kedua ¥ 4 bilion dibayar pada Bulan Julai Tahun 2015. [47]

Pada Bulan Ogos Tahun 2015, pada pengumuman hasil kewangan tahunan Syarikat Penerbangan Qantas, dinyatakan bahawa suntikan modal lebih lanjut akan dilakukan ke Jetstar Japan berjumlah ¥ 10 miliar. Tiada tarikh diumumkan apabila modal akan disuntik, walaupun ia telah dirancang untuk dilakukan dalam dua bahagian dengan yang bahagian pertama terdiri daripada ¥ 7 bilion, dan bahagian kedua ¥ 3 bilion. [48]

Prestasi kewangan

Untuk tahun fiskal yang berakhir pada Tarikh 30 Jun 2013, Jetstar Japan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak JPY 12.8 bilion dan mengalami kerugian sebanyak 8.8 bilion JPY .

Untuk tahun fiskal yang berakhir pada Tarikh 30 Jun 2014, jumlah pendapatan Jetstar Japan meningkat kepada JPY 29.1 bilion tetapi kerugiannya juga meningkat kepada JPY 11.1 bilion.

Untuk suku fiskal Bulan September Tahun 2014, statistik pasaran domestik MLITT Jepun melaporkan bahawa Jetstar Japan mempunyai jumlah pendapatan yang diperoleh dari pasaran domestik sebanyak JPY 10,123 juta, meningkat sebanyak 44.1% dari suku September 2013. Pendapatan bagi setiap penumpang ialah sebanyak JPY 9,000 naik sebanyak 4,7%, Pendapatan penumpang per RPK ialah sebanyak JPY 8,7 naik sebanyak 8,7% dan jumlah penumpang ialah 1,1 juta yang meningkat sebanyak 37,2%. [49]

Untuk suku fiskal Disember 2014, statistik pasaran domestik MLITT Jepun melaporkan bahawa Jetstar Japan mempunyai jumlah pendapatan yang diperoleh dari pasaran domestik sebanyak JPY 7,818 juta, meningkat sebanyak 46.2% dari suku Disember 2013. Pendapatan bagi setiap penumpang ialah sebanyak JPY 7,600 naik sebanyak 10,1%, Pendapatan penumpang per RPK ialah sebanyak JPY 7,6 naik sebanyak 15,2% dan jumlah penumpang ialah 1 juta yang meningkat sebanyak 31,2%. [50]

Untuk suku fiskal Mac 2015, statistik pasaran domestik MLITT Jepun melaporkan bahawa Jetstar Japan mempunyai jumlah pendapatan yang diperoleh dari pasaran domestik sebanyak JPY 8,982 juta, meningkat sebanyak 69.3% dari suku Mac 2014. Pendapatan bagi setiap penumpang ialah sebanyak JPY 7,600 naik sebanyak 20,6%, Pendapatan penumpang per RPK ialah sebanyak JPY 7,6 naik sebanyak 24,6% dan jumlah penumpang ialah sebanyak 1.2 juta yang meningkat sebanyak 39,3%. [51]

Untuk suku fiskal Jun 2015, statistik pasaran domestik MLITT Jepun melaporkan bahawa Jetstar Japan mempunyai jumlah pendapatan yang diperoleh dari pasaran domestik sebanyak JPY 8,005 juta, meningkat sebanyak 40.1% dari suku bulan Jun 2014. Pendapatan bagi setiap penumpang ialah sebanyak JPY 6,800 naik sebanyak 3,4%, Pendapatan penumpang per RPK ialah sebanyak JPY 6,5 naik sebanyak 0,9% dan jumlah penumpang ialah sebanyak 1,2 juta yang naik sebanyak 35,5%. [52]

Ini bermaksud bahawa untuk tahun fiskal yang berakhir pada Tarikh 30 Jun 2015, jumlah pendapatan domestik Jetstar Japan ialah sebanyak JPY 34.928 bilion, yang tidak termasuk pendapatan dari operasi antarabangsa atau perkhidmatan sampingan.

Rujukan

WikiPedia: Jetstar Japan http://www.anna.aero/2013/04/04/jetstar-japan-adds... http://www.anna.aero/2013/06/19/jetstar-japan-now-... http://www.anna.aero/2013/12/18/jetstar-japan-make... http://australianaviation.com.au/2014/10/american-... http://australianaviation.com.au/2014/11/qantas-ja... http://australianaviation.com.au/2018/11/jetstar-j... http://zipanguflyer.blogspot.com.au/2014/09/jetsta... http://zipanguflyer.blogspot.com.au/2014/12/jetsta... http://zipanguflyer.blogspot.com.au/2015/08/jetsta... http://www.smh.com.au/business/aviation/jetstar-pa...